Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau
tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah
di persada dunia. Namun di sebalik itu, kita acapkali tersentak oleh palbagai
permasalahan sosial yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri . Antara
permasalahan yang sering berlaku di negara kita adalah perleluasaan fitnah yang
berlaku dalam internet atau media sosial. Isu perleluasaan fitnah yang kian
menular di kalangan masyarakat kita ini perlu diatasi dengan kadar yang segera
oleh kerana impaknya terhadap individu, masyarakat dan negara amatlah besar
sehingga mampu meruntuhkan sesebuah institusi kekeluargaan mahupun institusi
agama. Oleh hal demikian , langkah-langkah yang bijak harus diambil oleh
pihak-pihak yang terlibat, terutamanya pihak kerajaan bagi membendung dan
mengatasi budaya fitnah yang kian menular ini. Bak kata pepatah melayu “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”
yang bermaksud setiap yang berkemahuan tentu ada jalan.
Antara
langkah yang boleh digunakan untuk mengatasi fitnah yang berlaku dalam media
sosial ialah pihak yang terlibat memberi pendedahan yang meluas kepada
masyarakat akan etika penulisan yang sebenar. Jika dilihat, masyarakat kini
lebih cenderung untuk sekadar menulis apa yang terlintas di fikiran tanpa
memikirkan implikasi yang timbul akibat penulisan tersebut. Hal ini terjadi
kerana mereka tidak tahu dan tidak peka terhadap etika penulisan atau
undang-undang berkenaan penulisan itu sendiri. Dalam hal ini, media massa dan
elektronik akan memainkan peranan yang cukup besar dalam menyebarkan prosedur
sebenar penulisan yang tidak melanggar syarat-syarat menulis bukan sahaja
berkaitan isu sensitif seperti berkenaan agama dan politik malahan penggunaan
bahasa yang sesuai dalam penulisan.
Langkah seterusnya ialah isu fitnah
dapat diatasi dengan mewajibkan atau melakukan penegasan agar semua data-data,
fail atau laman-laman sesawang didaftarkan sebelum boleh dilayari. Hal ini bagi
memudahkan sebarang maklumat tidak sah atau tidak benar dikesan dan sekaligus
disekat, seterusnya membolehkan seseorang lebih berhati-hati dan meneliti
terlebih dahulu tulisan mereka kerana dikhuatiri, jika penulisan tersebut
mengandungi unsur fitnah, mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan
sewajarnya agar mereka sedar dan tidak akan mengulangi kesalahan yang sama di
lain hari dan berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara bak kata
pepatah melayu “berfikir sebelum berkata,
berunding sebelum dibuat”.
Di
samping itu, langkah lain yang boleh diambil untuk membendung dan mengatasi
masalah ini, pihak kerajaan hendaklah mewujudkan sebuah badan khas yang akan
menyelenggera atau menapis segala paparan di media sosial. Hal ini kerana,
media sosial telah menjadi medium utama pada masa kini untuk menyebarkan fitnah
kerana sifatnya yang terbuka, bebas dan pantas berbanding media cetak. Apatah
lagi apabila konsep kebebasan bersuara dan hak asasi manusia yang diamalkan
tanpa sekatan dalam internet itu sendiri telah membolehkan sesiapa sahaja
menghantar atau menyiarkan sebarang maklumat samada sahih atau tidak. Jika
badan ini diwujudkan, cerita-cerita yang tidak sepatutnya disiarkan dapat
dihalang dari tersiar, seterusnya mampu mengatasi masalah fitnah ini.
Akhir sekali,
pihak kerajaan wajiblah menguatkuasakan undang-undang yang lebih berkesan. Hal
ini kerana penting bagi mengatasi perleluasaan fitnah yang kian menular di
media sosial. Undang-undang tersebut bukan sekadar menyediakan hukuman berat
kepada pengfitnah malahan mampu menakutkan semua orang agar tidak
sewenang-wenangnya berkata, menulis atau menyiarkan sesuatu yang tidak sahih
memandangkan impaknya amatlah besar kepada pelbagai pihak bak kata pepatah, “kerana pulut santan binasa, kerana mulut
badan binasa”.
No comments:
Post a Comment