5.1 KESAN-KESAN TERHADAP INDIVIDU
Fitnah bukan sahaja merupakan
perbuatan yang terkutuk dan dilaknat oleh Allah S.W.T bahkan juga membawa kesan
buruk kepada individu mahupun masyarakat.
Antara kesan fitnah ialah
menimbulkan keburukan dan mengaibkan seseorang. Nama baik dan air muka
seseorang individu boleh tercemar atau tercalar apabila wujud fitnah yang
dilemparkan terhadapnya yang mana boleh mengaibkan dirinya.
Hal ini lantas boleh menyebabkan
wujud rasa kebencian dan permusuhan terhadap mangsa fitnah tersebut. Dengan
ini, individu itu bukan sahaja akan berdepan dengan cercaan dan pandangan
serong terhadapnya malah reputasi dan kredibilitinya juga akan dipertikai.
Antara impaknya ialah tercetusnya masalah rumah tangga sehingga mengakibatkan
perceraian akibat cerita buruk melalui fitnah yang disebar. Selain itu, fitnah
juga boleh menjejaskan periuk nasi mangsa dan pekerjaan atau sumber rezeki
individu berkenaan.
Fitnah secara tidak langsung juga
boleh menyebabkan sesorang mangsa mengalami tekanan emosi dan masalah psikologi
apabila timbul stigma, pandangan negatif dan prejudis terhadapnya.
Tanpa iman dan semangat yang kuat
dan kental, seseorang itu akan dicengkam dengan rasa sedih dan murung yang
melampau hingga melarikan atau menyepikan diri dari masyarakat. Dalam keadaan
yang lebih teruk, mangsa mungkin mengalami agorafobia, iaitu sejenis masalah
apabila penghidapnya mengalami rasa takut untuk berada di tempat awam atau
tempat terbuka.
Bukan itu sahaja, fitnah ialah satu
perkara yang boleh merosakkan persaudaraan dan perpaduan. Kesan daripada
perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan permusuhan,
pertelagahan serta hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan
dalam kalangan masyarakat. Apabila ukhuwah serta semangat persaudaraan luntur
maka lenyap dan runtuhlah kebahagiaan dan kemanisan hidup bermasyarakat.
5.2 KESAN TERHADAP NEGARA
Fitnah mampu mengancam
keselamatan negara apabila nama negara terjejas. Anasir fitnah yang berleluasa
mampu menyebabkan keseimbangan negara dan keselamatan negara tergugat lantas
mencetuskan pergolakan.
Apabila salah faham akibat fitnah
timbul seperti timbulnya provokasi sentimen perkauman dan keagamaan, suasana
yang genting boleh mencetuskan peperangan dan pertumpahan darah.
Di samping kesan buruk fitnah
terhadap institusi sosial, fitnah juga boleh menjatuhkan ekonomi negara.
Kesannya ialah mewujudkan sentimen anti sesebuah negara serta membentuk
persepsi palsu dan negatif. Hal ini mampu memberikan impak kepada sektor
ekonomi sesuatu negara.
Keburukan dan persepsi negatif ini
boleh menakutkan pelabur dan peniaga asing untuk melabur di sesebuah ngara itu
akibat. Selain itu, fitnah juga akan menempias industri pelancongan sesuatu
negara. Bukan itu sahaja, hal ini malah boleh membawa kepada pemboikotan produk
atau barangan dari sesebuah negara itu. Akibatnya, ekonomi negara akan menjadi
lumpuh.
Fitnah merupakan perbuatan yang
dipandang hina oleh mana-mana agama kerana impak buruknya. Justeru, langkah
untuk menangani atau membendung masalah ini perlu dipandang serius dan dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment