Fitnah dalam bahasa Arab memberi
erti bencana, ujian dan cubaan. Dari segi istilah ulama adalah seperti yang
didefinasikan oleh Jurjani iaitu perkara yang dilakukan untuk mengetahui
kebaikan atau keburukan sesuatu.
Menurut Kamus Dewan edisi keempat,
fitnah pula didefinisikan sebagai tuduhan, khabarm kisah dan lain-lain yang
diada-adakan atau dibuat-buat untuk memburukkan atau membencanakan seseorang.
Fitnah secara umumnya merupakan satu bentuk komunikasi kepada satu pihak atau
lebih yang bertujuan untuk memberikan stigma negatif atas sesuatu peristiwa
yang dilakukan oleh pihak lain, ia berdasarkan atas fakta palsu yang
dipengaruhi oleh sifat penghormatan, buruk sangka, obses, atau menjatuhkan
dan/atau menaikkan nilai reputasi seseorang atau sesuatu pihak.
Dalam Al-Quran, kata fitnah
disebutkan pada 34 tempat dan digunakan untuk erti atau makna yang berbeza.
Kitab-kitab hadis juga pada umumnya memasukkan bab tertentu tentang fitnah.
Sebagai contoh, Kitab Sahih Al-Bukhari ada memasukkan 78 hadis tentang fitnah.
Makna fitnah dalam Al-Quran ialah:
1. Fitnah yang membawa maksud
syirik.
Firman Allah:
“Syirik lebih dasyat dosanya daripada membunuh.” (Ayat
191:Surah Al-Baqarah)
2. Fitnah yang membawa maksud ujian
dan cubaan.
Firman Allah:
"Dan sesungguhnya kami telah menguji ummat yang terdahulu."(Ayat
3:Surah Al-Ankabut)
3. Fitnah yang membawa maksud
seksa.
Firman Allah:
“Rasakanlah azabmu ini. Inilah azab yang dahulu kamu minta agar disegerakan.”(Ayat
14:Surah Az-Zariat)
4. Fitnah yang membawa maksud
dosa.
Firman Allah:
"Dan sebahagian mereka ada yang berkata "izinkanlah aku untuk tidak
berperang dan janganlah menyebabkan aku berbuat dosa. Ketahuilah mereka yang telah
terjebak dalam dosa (dengan tidak mahu pergi berperang)."(Ayat
49:Surah At-Taubah)
5. Fitnah yang membawa maksud
kekufuran.
Firman Allah:
"Sesungguhnya mereka inginkan kekufuran."(Ayat 48:Surah
At-Taubah)
6. Fitnah yang membawa maksud
pembunuhan dan kebinasaan.
Firman Allah:
"Sekiranya kamu takut orang-orang Kafir membunuh kamu."(Ayat
101:Surah An-Nisa)
7. Fitnah yang membawa maksud
berpaling dari jalan yang benar.
Firman Allah:
"Dan berwaspadalah dari mereka yang hendak memesongkan kamu dari jalan
kebenaran."( Ayat 49:Surah Maidah)
8. Fitnah yang membawa maksud
sesat.
Firman Allah:
"Dan sesiapa yang Allah hendak menyesatkannya."(Ayat 41:Surah
Al-Maidah)
9. Fitnah yang membawa maksud
alasan.
Firman Allah:
"Kemudian tidaklah ada alasan mereka melainkan mereka berkata "Demi
Allah wahai tuhan kami, kami bukannya orang-orang musyrikin."(Ayat
23:Surah Al-An'am)
Jika diperhatikan, semua gambaran Al-Quran di atas adalah
kesan buruk dari fitnah. Banyak kesan buruk yang akan terjadi akibat fitnah
yang tercetus.
No comments:
Post a Comment