Pada masa kini, isu fitnah bukan sahaja berbentuk
percakapan antara dua pihak namun juga dalam bentuk penulisan. Misalnya, dalam
komunikasi massa terutamanya dalam blog juga turut wujudnya fitnah. Fitnah juga
merupakan satu perbuatan yang terkutuk dan sangat dicela oleh mana-mana agama.
Firman Allah yang bermaksud:
“Wahai orang
yang beriman, jika datang kepadamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka
selidik(untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum
dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu(mengenainya)
sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.
(Surah al-Hujurat, ayat 6)
Firman ini memberi gambaran bahawa setiap kata-kata
yang disampaikan perlu diteliti dan diselidik terlebih dahulu agar kebenarannya
dapat dipastikan dan khabar tersebut tidak mengandungi unsur fitnah. Hal ini
bagi mengelakkan kesan buruk yang akan menimpa seseorang individu atau ahli
masyarakat. Rasulullah S.A.W juga bersabda. Maksudya: “Tidak masuk syurga
orang yang suka menyebarkan fitnah.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis Rasulullah ini menunjukkan bahawa fitnah
merupakan dosa yang sangat besar dan berat sehingga tidak dapat memasuki
syurga. Oleh itu, Islam melarang dan mengharamkan dengan keras perbuatan
fitnah. Hal ini kerana kesan fitnah adalah sangat buruk hingga boleh
memudaratkan seseorang individu, keluarga, masyarakat dan Negara.
Oleh itu, perlulah ada undang-undang agar masyarakat dapat
mendapat keadilan dan dapat hidup dengan harmoni dalam kehidupan sejagat. Undang-undang
(Tulisan Jawi: اوندڠ-اوندڠ; Bahasa Inggeris: Law) dalam politik dan
perundangan, merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh
ahli-ahli masyarakat. Biasanya ini adalah peraturan sesuatu negara. Jika
peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggar peraturan tersebut
mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah. Peraturan ini biasanya dibuat oleh
pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial
antara satu sama lain. Kadangkala, undang-undang juga dibuat oleh sekumpulan
orang yang berfikiran sama.
Undang-undang secara lazimnya ditadbir oleh suatu
sistem mahkamah dimana hakim (kadangkala dengan bantuan juri atau lay
magistrate) mendengar pertikaian diantara pihak, dan mengaplikasi satu set
peraturan untuk memastikan satu keputusan yang adil. Cara dimana undang-undang
ditadbir dipanggil sistem perundangan, yang lazimnya berkembang mengikut
adat-adat sendiri sesebuah negara.
Kebanyakan negara mengharapkan polis untuk
menguatkuasakan undang-undang. Pegawai polis lazimnya harus terlatih dalam
penguatkuasaan undang-undang sebelum mereka dibenarkan melakukan sesuatu dibawah
warna undang-undang, untuk mengeluarkan amaran berbentuk undang-undang dan
petikan, untuk mengarahkan satu pencarian atau apa-apa lagi waran membuat
penangkapan.
Pengamal undang-undang lazimnya mesti mendapat latihan
secara professional dalam undang-undang sebelum mereka dibenarkan mewakili satu
pihak dalam satu mahkamah undang-undang, merangka dokumen undang-undang, atau
memberi bantuan guaman.
No comments:
Post a Comment